Satu Software Dan Seorang Perempuan

Hai , 

Mulai hari ini, saya akan gunakan bahasa piawai Bahasa Melayu. Bahasa yang difahami oleh jutaan rakyat Malaysia. Bunyinya seperti skema sedikit.

Okaylah .. saya adunkan sedikit dengan slanga supaya kelihatan mesra pembaca. Dalam artikel hari ini saya ingin bercerita tentang seorang perempuan dan satu software.

Kalian mungkin pernah dengan Adobe Illustrator.  Adobe Illustrator merupakan satu software untuk melukis yang popular di dunia. Para pereka bentuk dan pelukis digital suka dengan software. Saya juga software dengan software ni.

Saya mula belajar menggunakan software pada pertengahan 2020. Saya belajar secara online setelah menyertai satu kumpulan di Facebook. Tenaga pengajarnya ialah seorang perempuan yang saya kenal namanya sebagai Cikgu Rai

Yuran yang dikenakan hanya RM50 sahaja untuk 5 sesi live. Tiada jadual pembelajaran ditetapkan. Oleh yang demikian, ia memudahkan saya untuk belajar. Apabila free boleh tonton video untuk belajar dan menyiapkan tugasan. Mudahkan ?

Semasa menyiapkan tugasan, saya belajar menggunakan tools yang terdapat dalam Adobe Illustrator. 5 sesi pembelajaran mengambil masa 5 bulan. 

Setelah tahu fungsi tools, saya mula meneroka software ini dan mula menghasilkan karya di luar bidang pelajaran. Hasilnya sangat mengujakan. Terima kasih Cikgu Rai.

Jika ada yang berminat untuk belajar boleh sertai kumpulan ini.

Di bawah ini, saya kongsikan cara kerja saya menghasilkan gambar gunung menggunakan Illustrator.

Langkah 1 - cari gambar gunung dan study gambar tu dulu. Tentukan ruang hadapan , ruang tengah , ruang belakang. Tentukan bahagian mana yang perlu dilukis dahulu.

Langkah 2 - mula melakar. Saya memilih untuk melukis ruang hadapan dahulu.



 Langkah 3 - saya melukis ruang tengah  seterusnya ruang belakang.



Langkah 4 - saya siapkan perincian lukisan.

.



Langkah 5 - Mencari warna yang sesuai. Ini kerja paling leceh jika anda tidak menyediakan skema warna yang hendak digunakan.


Langkah 6 - mengemaskini warna dan bentuk Gunung Matterhorn . Siap setelah duduk bekerja selama 4 jam.


 Saya harap anda berpuashati dengan tunjuk cara ini. Sekian terima kasih.


Post a Comment

0 Comments